
Akhir tahun ini tepatnya hari Kamis, 28 Desember 2023 telah terwujud penandatanganan dokumen MoU yang dibawa langsung oleh Dr. Ahmad Fakhrurrazi dari Universitas Kebangsaan Malaysia ke IAIN Sultan Amai Gorontalo. Dokumen tersebut telah ditandangani oleh rektor Universitas Kebangsaan Malaysia dan dibawa langsung oleh penyelaras Dr. Ahmad Fakhrurrazi bin Mohammed Zabidi sehingga ditandatangani langsung di ruang kerja rektor IAIN Sultan Amai Gorontalo Dr. Zulkarnain Suleman, M.HI. dan disaksikan oleh Dr. Lukman Arsyad, M.Pd. Wakil Rektor III IAIN Sultan Amai Gorontalo.
Setelah tiba di negaranya Dr. Ahmad Fakhrurrazi pun menuliskan perasaan dan pengalamannya terkait MoU ini yang dikutipkan secara lengkap dari akun facebooknya berikut ini: “Alhamdulillah, sempurna sepenuhnya MoU ini. Ia adalah pengalaman pertama, maka perasaan teruja sememangnya tidak dapat disembunyikan. Sepanjang berurusan untuk menyempurnakan MoU ini, saya hanya berurusan dengan Dr Najamuddin Petta Solong sahaja, tidak bersama mana-mana individu yang lain. Memang ada kunjungan sekumpulan pensyarah dari IAIN Sultan Amai Gorontalo ke Fakulti Pengajian Islam UKM, namun ia hanya kunjungan biasa. Tiada aktiviti akademik yang signifikan dilakukan melainkan pertemuan dan perbincangan secara santai sahaja. Saya selaku Penyelaras MoU ini bagi pihak UKM juga tidak menyertai pertemuan santai tersebut lantaran berada di Songkhla bagi pembentangan kertas penyelidikan di sana. Urusan MoU ini agak mengambil masa hampir setahun, lantaran kelemahan di pihak saya yang baru pertama kali menguruskannya. Tambahan pula pertukaran daripada sistem manual dengan sistem aplikasi digital juga menjadi suatu hambatan bagi saya yang baru mula belajar. Namun, Dr Najamudin amat berdedikasi dalam menanti urusan dan prosedur yang ditetapkan UKM. Bahkan, beliau tidak hanya menanti, malah terus merencana dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersifat mengisi MoU itu sendiri. Yang membuatkan saya lebih terharu ialah kedatangan saya ke Gorontalo baru-baru ini rupa-rupanya adalah dengan menggunakan wang peribadi beliau sendiri. Terdapat kekangan untuk mendapatkan anggaran pembiayaan dari pihak kampus lantaran sudah berada di hujung tahun. Namun, beliau tetap ingin memastikan sasaran kami supaya 2023 dapat diselesaikan MoU ini. Maka, walaupun dengan wang peribadi, beliau tetap menyanggupi. Saya dengan rendah hati memohon supaya seluruh K-Nur, kekeluargaan MPTT dan semua teman-teman dan pembaca hantaran FB ini untuk mendoakan khusus buat Bapak Dr. Najamuddin supaya diberikan 1001 kebaikan, kerahmatan dan ganjaran yang sebesar-besarnya dari Allah SWT. Amin.
Saya secara peribadi menyatakan bahwa IAIN Sultan Amai Gorontalo amat beruntung mempunyai tenaga dosen seperti beliau, yang juga kini memegang amanah sebagai Ketua Jurusan Pendidikan Agama Islam. Saya pastikan, para dosen yang lainnya juga persis beliau yang begitu bersemangat untuk menaik taraf IAIN menjadi IAN pada masa akan datang. Barakallah. Tidak lupa juga saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Undang-Undang UKM, Dekan FPI, Pengerusi Pusat PKQS serta semua pensyarah dan staf sokongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha memeterai MoU ini. Mohon doa semua agar MoU ini bakal menjadi asbab kebaikan dan kesejahteraan buat semua umat Nabi Muhammad sollallahu alayhi wa alihi wa ashabihi wa sallam. Insya-Allah, 2024 ini akan menyusul beberapa lagi MoU. Barakallah.”
Itulah sebabnya kesyukuran beliau selain karena terwujudnya penandatanganan dokumen MoU antara UKM dengan IAIN Sultan Amai Gorontalo juga dilakukan penandatanganan LoI antara UKM dengan 4 kampus sekaligus yang tergabung pada Yayasan Universitas Ichsan Group secara seremonial pada acara Wisuda di gedung Sumber Ria Gorontalo yang diikuti pemberian orasi ilmiah. Menurut Dr. Ahmad Fakhrurrazi, “Letter of Intent atau LoI merupakan sebuah surat yang menjadi gerbang awal sebelum terjadinya sebuah kerjasama,” sehingga dengan kerjasama ini diharapkan akan memberikan dampak positif bagi kemajuan bersama.
“Sebelum pergantian tahun juga dilaksanakan silaturahim Dr. Ahmad Fakhrurrazi dengan rektor IAIN Manado dalam rangka mewujudkan MoU dengan UKM, ungkap ketua jurusan PAI. Akhirnya, terima kasih atas dukungan semua pihak khususnya Prof. Dr. Nelson Pomalingo, M.Pd. atas perjamuan dan pelayanan selama berada di Rumah Dinas Bupati Gorontalo dan rektor serta Wakil Rektor 3 Unisan Gorontalo Dr. Kingdom, ungkap ketua Jurusan PAI yang sekaligus tim penyelaras dalam menyiapkan berbagai kebutuhan yang diperlukan pada setiap tahapan menuju terwujudnya dokumen MoU tersebut.